Sunday, June 14, 2009

Resepi


masih dalam proses pembinaan. Antara resepi yang akan dikongsi adalah warisan daripada ibu saya sendiri (purely masakan Kelate). Resepi ibu yang tidak pernah ditulis atau dibukukan. Antaranya adalah ayam percik, solok lada, kerutuk daging, acar timun masak, dan lain-lain lagi. Resepi-resepinya:

Solok Lada
Bahan:
10 tangkai cili hijau (muda) besar @ boleh juga diganti dengan terung (panjang)/petola ular dipotong 2 inci dan dibelah (tidak putus)
1/2 biji kelapa parut
1/2 cwan santan cair
5 ekor ikan sardin/selayang sederhana besar (diambil isinya sahaja/filet)
1 batang serai diracik
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 keping harisan halia
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa


Cara:
1. Cili dibelah dan dibuang biji. Rendam dalam air sabun 5 minit untuk kurangkan pedas. Basuh bersih dan toskan. Ketepikan.
2. Tumbuk serai + bawang merah + bawang putih+ halia+belacan sampai lumat, diselang seli dengan isi ikan dan kelapa parut. Gaulkan sebati semua bahan yang telah ditumbuk dengan lebihan kelapa parut yang tidak ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa sehingga menjadi macam doh (semua bahan seharusnya tidak lerai) @ inti.
3. Ambil inti tadi secara sedikit-sedikit dengan menggunakan tangan (1 kepal) dan isikan dalam cili sehingga habis kesemuanya.
4. Susun cili yang berinti itu ke dalam periuk yang sesuai (boleh bertindan) dan siramkan dengan santan cair ke atas lapisan yang atas sekali dan tutup periuk, masak di atas api yang kecil selama 15 hingga 20 minit. @ Boleh juga dikukus.
5. Setelah masak, buka tudung periuk/pengukus, matikan api dapur. Biarkan 5 minit sebelum dihidang.

No comments:

Post a Comment